Ninja menyerang legoland : Ninjago & The Realms of Shadow Live


Sapa tak pernah masuk Legoland? Cer angkat tangan,yeeeee Cik Sue la tu hahahaa tapiiiiii 25 Ogos lepas impian tercapai lepas puas jeles dengan kawan-kawan yang dok bersuka-ria di sana sebelum ni.Cik Sue,Ujang,Qaseh dan Lan Careno di jemput sebagai wakil media dari Kelabbloggerbenashaari untuk pelancaran Ninja Show di Legoland,Johor Bahru.Yeeeee Ninja menyerang Legoland,hiyargggghhh.


Pelancaran ini di rasmikan oleh Dato' Mirza Mohammad Taiyab iaitu Pengurus Besar Tourism Malaysia dan Mark Germyn selaku Pengurus Besar Legoland Resort Malaysia.Gimik persembahan dari ninja-ninja memang menarik,kemudian kami di bawa masuk untuk menonton Ninja Show.


ucapan dari Dato' Mirza

perasmian


persembahan dari ninja

Ninjago & The Realm of Shadow adalah persembahan yang di inspirasikan dari siri tv Ninjago -Masters of Spinjitsu,di bawa ke pentas dalam bentuk patung Ninjago,persembahan ala teater mengguakan video mapping serta ilusi dan efek pentas.

atuk tukang cerita
Persembahan 20 minit lebih melibatkan 6 patung setinggi 1.2 meter yang di gerakkan oleh bayangan pemain patung,kalau korang tengok dalam gambar di atas yang bertutup lingkup nampak mata berwarna hitam,itulah pemain patung tersebut.1 patung sekurangnya 2 orang pemain.Kagum sekejap Cik Sue macam mana dia boleh gerakkan mengilkut bunyi dan dialog.Memang professional hasil kerja mereka.


 Jalan cerita yang mengisahkan Kai, Nya , Cole,Jay dan Lloyd dalam misi mempetahankan Bandit,Naga YinYang yang akan membesar menjadi Light Dragon yang sangat berkuasa.Mereka melindungi anak naga ini dari si penjahat Clouse dan shadows minion yang ingin mencuri anak naga tersebut.

Kagum betul dengan persembahan mereka,jalan cerita yang menarik,terdapat juga interaksi dengan penonton.Memang seronok walau dah ta kertu ni hehehe.

Nak tahu fakta menarik berkaitan Ninjago ?

1. Kali pertama Lego Ninjago Live Show di perkenalkan di Legoland

2. Persembahan mengambil masa lebih 20 minit dengan penampilan Banraku Patung tradisional Jepun.

3. Keseluruhan patung yang di gunakan adalah 6 patung,setinggi 1.2 meter dibina oleh 12-15 orang tukang dalam masa 180 jam untuk satu patung.

4. Patung di perbuat dari primari EVA foam,plastics,aluminium,carbon fiber dan fabrik.

Banyak lagi yang menarik tentang LEGO Ninjago ni,memang berbaloi la kalau datang tengok dan bersuka-ria di Legoland Parks ni,puas hati.

Tahniah Legoland kerana sentiasa ada pembaharuan yang di buat,ada banyak lagi tarikan terbaru di Legoland ni,nanti Cik Sue cerita ye di entry yang lain.

Terima kasih banyak Legoland jemout Cik Sue,sangat terhibur.

Oh ya kalau korang nak maklumat lanjutan boleh survey-survey di sini ye:
www.legoland.com.my

bisik-bisik:
Kagum dengan orang yang minat main lego,pandai main lego sebab selalunya diorang ni bijak ,imaginasi tinggi boleh buat macam-macam dari lego,kalau Cik Sue susun lego? tak de rupa apa la hehhehhe...

Post a Comment

4 Comments

  1. bestnya kalau dapat pi tengok tu. Si kembar mmg minat sgt ninjago ni

    ReplyDelete
  2. wow terbaik.
    lom dpt bwk anak2 ke sana lagi.
    next year in shaa Allah masuk kan dlm plan.
    this year full da :)

    ReplyDelete
  3. bestnyaaa... ni kalau bawak Irfan dan Yusuf mesti seronok sangatt :))

    5 vitamin penting untuk ibu hamil

    ReplyDelete
  4. best kan legoland..macam-macm event die ada

    ReplyDelete