Style Workshop Bersama Wawa Idris :

Alhamdulillah Sabtu lepas Cik Sue berpeluang menghadiri Bengkel "Style Workshop" bersama rakan-rakan Kelabbloggerbenashaari,di bawah tunjuk ajar Puan Wawa Idris,seorang perunding imej korporat dan selebriti yang bertauliah.Teruja rasa sebab Cik Sue ni penampilan memang out la,tambah usia meningkat dengan kerja yang terperuk kat office tak jumpa orang ni,dah macam makcik-makcik dah.Jadi bengkel sebegini dapat la buka mata Cik Sue sikit tentang gaya,penampilan dan imej.


Bengkel diadakan di De Palma Hotel,Ampang.First time Cik Sue masuk sini,hehehe.Dah siap daftar kami di tunjukkan  tempat duduk masing-masing.Penyampaian Puan Wawa dalam bengkel ni memang tak menjemukan,banyak yang di ajar,bukan sekadar teori malah berkongsi tips dan ilmu,malah berbagai aktiviti juga di jalankan untuk memberi pemahaman kepada kami,

cantik Puan Wawa ni~
giler ko tak cantik,imej consultant ni ehheh,peramah juga orangnya.
Bengkel yang bertemakan "smart santai" ni berjalan lancar dah peserta semua puas hati dengan ilmu yang di perolehi.Antara yang di ajarkan kepada kami adalah berkaitan prinsip penampilan iaitu KETERAMPILAN,KELAKUAN dan KOMUNIKASI.Ini adalah aspek penting yang perlu di beri perhatian.Bagaimana orang memandang fizikal kita dan menilai diri kita,sebab itu imej dan penampilan itu penting.Selalunya tanggapan pada pandangan pertama orang yang memandang akan kekal dalam otak dia sebagai pengenalan kepada diri kita.FIRST IMPRESSION IS LAST IMPRESSION.Sampai bila-bila orang akan ingat kita yang masa mula-mula dia jumpa,jadi kalau buruk sampai bila-bila la buruk,Haaa rugikan.


Selain dari tips dan teori penampilan ,berbagai aktiviti di jalankan,seperti ujian personaliti,untuk mengetahui ciri-ciri penampilan dalaman dan luaran,kegemaran dan macam-macam lagi.Kami juga di ajar berpakaian dengan betul,padanan baju dan aksesori serta apa yang boleh dan tak boleh dalam berpakaian.Contoh dari segi warna,corak dan fesyen ,apa yang sesuai dengan diri masing-masing.Yang Cik Sue suka puan Wawa bukan buat secara random tapi setiap seorang di ajar,dan di bincangkan cara berpakaian,jadi semua akan dapat sesuai dengan diri masing-masing,tak de la dok tengok orang lain je,pastu tak paham.Memang best la cara macam ni,maybe kami pun tak ramai dalam 30 orang je,kalau ramai kan jenuh juga ye.hehehe.


Cik Sue juga dapat sedut ilmu dan tips sebelum memilih pakaian kita kena fikir atau lihat pakaian kita berdasarkan TOP,apa itu TOP?

T=Times
Masa kita nak berpakaian seperti itu,siang ke malam ke,pagi ke tengahari ke,ye la kalau malam dan tempat terbuka kena tebal sikit baju kang sejuk pulak,kang kalau tengahari panas takkan nak pakai jaket kan.

O=Occasion
Occasion atau majlis atau acara.Haaa kena tengok juga takkan nak pakai kasut sukan pi acara dinner ballroom hotel kan,macam tak sesuaiiii je hehehe kena tengok juga kalau majlis tu bertemakan.

P=Place
Place atau tempat,haaa  kena tengok la majlis atau event atau tempat nak pegi tu kat mana,tepi pantai ke,dalam dewan ke,tepi sungai ke heheh..kena sesuaikan la pakaiannya


Selain itu kami juga di ajar pakaian-pakaian yang sesuai ke pejabat,dan Cik Sue juga suka cara Puan Wawa menbantu memberi penyelesaian kepada masalah berpakaian yang di ajukan kepada beliau.Memang mudah belajar dengan dia.




Kami juga menjalankan aktiviti mengukur badan untuk mengetahui "body shape" masing-masing.Dengan ukuran ini kami boleh tahu jenis bentuk badan dan pakaian yang sesuai,serta mencari penyelesaian untuk menutup bahagian yang "terlebih" heheheh.Serta padanan pakaian yang sesuai untuk bahagian bermasalah seperti badan rendah untuk kelihatan tinggi,badan berisi untuk kelihatan slim,banyak tips yang di beri.



Untuk sesi terakhir kami ada game mix n match,iaitu memadankan pakaian dan aksesori menggunakan tips dan ilmu yang dah di ajarkan,kiranya ini praktikal la.Seronok sangat jadi lebih mudah paham bila kita cuba sendiri padankan depan mata,lagi mudah nak faham.




Memang sangat bermanfaat kursus seperti ini,terbuka la juga minda Cik Sue yang selalu blur dan bengap bab-bab penampilan dan bergaya ni kan,makin la rupa pun dah macam mak cik-mak cik noreh getah kat kampung jadinya hahhaha.So dah tahu cara memadankan pakaian dengan betul boleh la audit almari baju pasni,Mr DDDDDDD nak baju baruuuu hahahah tak de lah,tak perlu pun,apa yang ada tu kita pilih mana yang boleh di pakai,bak kata Puan Wawa,dalam almari tu 20% je pun yang kita pakai,bawa-bawa la bersedekah,ngeee terkena Cik Sue.

antara barisan penaja dari Ratu Jannah dan Raja Jannah
Terima kasih banyak Puan Wawa,ilmu yang sangat bermanfaat Cik Sue dapat.insya Allah akan cuba amalkan dan berkongsi dengan kawan-kawan lain.

Kelabbloggerbenashaari dan Wawa Idris

Ada sebarang kemusykilan berkaitan penampilan,ingat tingkatkan imej untuk berbisnes dan maju dalam kerjaya? Ingin lebih yakin berjumpa pelanggan dan berketerampilan menawan? Boleh cari Puan Wawa Idris ye

Post a Comment

9 Comments

  1. Nice infooo pasni hope leh berfashion laa lisa

    ReplyDelete
  2. untunglahhh untunglahhh untunglahhh, kita sekadar tengok jer lahhh...ha ha ha....

    ReplyDelete
  3. Wahhh.. Bestla dpt info camni.. Pasni bole la jadi mcm wawa, hehe.. !

    ReplyDelete
  4. mmg best cara pn wawa mengajar. sikit pun tak boring

    ReplyDelete
  5. wah best nyer... teringin nak join sama. hehe

    ReplyDelete
  6. Wow seronok laaa dapat pegi sana..Semoga ilmu yang di ajar dapat dimanfaatkan dengan jayanya

    ReplyDelete
  7. TQ for yr sharing the info with others ya.. Moga lagi stylo selepas ini..

    ReplyDelete